Anda belum Log Masuk
Dipaparkan di 4 tahun yang lalu Dipandangan 11595 Kali 11595 Berkongsi
Latest Update - 17 Feb 2020
Kami telah mula kembalikan sebahagian operasi gudang China. Oleh kerana peraturan kawalan virus yang ketat, pengangkutan masuk dan keluar dari beberapa negeri dan bandar masih tersekat, menyebabkan sesetengah staf kami dari negeri-negeri lain tidak dapat kembali bekerja. Ini akan menyebabkan serba sedikit kelewatan dalam proses pergudangan, pembungkusan, dan penghantaran. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mengembalikan operasi kami kepada kapasiti biasa kami, dan kami juga akan melakukan pembasmian kuman dan kerja pencegahan yang lain.
Makluman Terkini - 10 Feb 2020
Memandangkan wabak coronavirus Wuhan telah menjadi semakin serius, Guangzhou telah dikepung oleh kerajaan tempatan dan tarikh bekerja semua organisasi telah digantung sehingga 17 Februari.
Oleh itu, operasi gudang kami dijangka akan diteruskan pada 17 Februari 2020.
Kami minta maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.
Makluman Terkini - 01 Feb 2020
Ahli-ahli yang dihormati, sila dimaklumkan bahawa perkhidmatan pelanggan dan jabatan kewangan Malaysia kami telah mula beroperasi seperti biasa.
Disebabkan wabak coronavirus Wuhan, kerajaan China menghendaki semua organisasi untuk hanya meneruskan operasi pada 10 Februari 2020.
Oleh itu, gudang China pada masa ini dijangka akan beroperasi semula pada 10 Februari 2020. Sebarang perubahan akan diberitahu terlebih dahulu.
Butiran: http://www.gd.gov.cn/gdywdt/gdyw/content/post_2879851.html
Beritahu kami bahawa artikel ini boleh dipercayai atau tidak~