Anda belum Log Masuk
Dipandangan 43234 Kali 43234 Berkongsi
Bagi melindungi hak pengguna dalam perkhidmatan kiriman, kami membekalkan polisi ganti rugi bagi kes-kes seperti kehilangan bungkusan, bungkusan tertukar atau tersalah hantar dan sebagainya. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf perkhidmatan kami supaya membekalkan perkhidmatan kiriman yang paling cepat dan berkesan untuk pelanggan kesayangan kami.
Sila hubungi khidmat pelanggan kami dalam masa 48 jam setelah anda telah menerima bungkusan, jika berlakunya kekurangan bungkusan yang telah dimasukkan ke pesanan kiriman tersebut. Sila membekalkan dokumen sokongan, butiran, berat dan gambar untuk kegunaan siasatan. Proses siasatan mengambil masa dalam 5 hari bekerja untuk mengesan bungkusan tersebut, sama ada tertinggal dalam gudang kami atau telah dicuri oleh pihak ketiga.
Jika bungkusan tersebut tertinggal dalam gudang kami, kami akan menghantar semula kepada anda dalam masa tersingkat. Jika bungkusan tersebut masih tidak dapat dijumpai, kami akan membayar ganti rugi kepada anda berdasarkan harga barangan tersebut dengan maksimum RM250.
Jika bungkusan anda hilang dalam perjalanan penghantaran oleh pihak syarikat kurier, sila hubungi khidmat pelanggan kami dalam masa 48 jam setelah menemui isu tersebut. Anda boleh mengenal pasti masalah ini jika tiada kemas kini status logistik melebihi 3 hari selepas bungkusan anda mendarat di Malaysia atau selepas proses pelepasan kastam.
Jika bungkusan anda dijumpai, kami akan menghantar semula kepada anda dalam masa tersingkat. Jika bungkusan tersebut masih tidak dapat dijumpai, kami akan membayar ganti rugi kepada anda berdasarkan nilai yang terendah antara harga barangan tersebut atau tiga kali ganda kos kiriman, dengan jumlah ganti rugi maksimum RM250.
Proses siasatan mengambil masa 15 hari bekerja untuk mengesan bungkusan yang hilang disebabkan penglibatan beberapa pihak seperti syarikat penerbangan antarabangsa, jabatan pelepasan kastam negara tertentu serta syarikat kurier tempatan.
Jika bungkusan anda masih tidak dijumpai, kami akan memohon ganti rugi untuk anda dalam 3 hari. Jabatan Kewangan kami akan mengemas kini dan menguruskan isu ganti rugi setiap hari Jumaat.
Jika terdapat bungkusan tertukar dengan pengguna yang lain atau silap pada alamat penerima, kami akan bertanggungjawab mengambil semula bungkusan tersebut dan hantar semula ke alamat yang tepat tanpa mengenakan caj tambahan. Kami tidak membekalkan ganti rugi untuk kes sebegini kerana ia jarang berlaku.
Kebiasaanya, bungkusan akan dikirim pada hari pembayaran diluluskan. Jika pembayaran dibuat selepas 7ptg, bungkusan tersebut akan dikirim pada keesokan harian. Kiriman yang tertunda disebabkan hari tidak bekerja atau cuti umum adalah dikecualikan daripada kiriman tertunda. Pampasan untuk kelewatan penghantar kiriman tidak menlidungi keadaan seperti pelepasan kastam, jadual penerbangan, kelewatan kurier, cuaca buruk, bencana alam atau musim puncak pembelian. Jika terdapat isu kiriman tertunda, kami akan memaklumkan kepada anda dengan segera.
Pensanan Penghantaran yang belum diproses untuk pembungkusan dalam 3 hari bekerja memerlukan tindakan segera oleh pelanggan untuk memberitahu tim servis pelanggan kami. Pampasan yang diberikan untuk penghantaran kelewatan dilindungi hanya untuk penghantaran telah dibayar sahaja.
Jika kiriman anda tidak dikirim selepas 3 hari bekerja setelah pembayaran dibuat, ganti rugi akan diberi dengan memotong 10% dari kos kiriman tersebut; jika ditunda selama 7 hari bekerja, diskaun 20% dari kos kiriman anda; jika ditunda selama 14 hari bekerja, diskaun 50% dari kos kiriman anda; jika ditunda selama 30 hari bekerja, kami akan menanggung 100% kos kiriman anda.
Jika anda ingin menyunting atau melakukan sebarang pertukaran untuk pesanan kiriman anda, kami memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk melakukanya.
Jika kiriman tertunda disebabkan pengubahsuaian pesanan kiriman, ia dikecualikan dari isu kiriman tertunda. Kami akan menghantar pemberitahuan sebaik sahaja perubahan dilakukan dan tempoh penghantaran perlu dikira semula mulai hari tersebut. Sila hubungi khidmat pelanggan jika anda ingin mengubah suai pesanan kiriman anda, caj tambahan sebanyak RM 3 akan dikenakan.
Jika barangan sensitif dikirim melalui saluran barangan biasa dan menyebabkan kegagalan proses pelepasan kastam, tahanan dan rampasan, pengguna perlu menanggung kos pelepasan untuk barangan sensitif. Sebarang barangan yang telah dirampas dalam proses pelepasan tidak boleh dituntut balik, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian dan tidak akan memulangkan kos kiriman anda. Pihak kami tidak akan menanggung sebarang kos yang disebabkan oleh pemilihan saluran kiriman yang tidak sesuai.
Jika terdapat ketidakpastian dalam memilih saluran yang bersesuaian, sila hubungi khidmat pelanggan kami.
Beritahu kami bahawa artikel ini boleh dipercayai atau tidak~