Kemas Kini (19/12/2019) :
Pelan kontingensi bagi Jualan Double 12 telah dibatalkan. Storan percuma dikembalikan kepada 30 hari dan dan jumlah bungkusan bagi satu pesanan kiriman dikembalikan kepada 30 bungkusan seperti biasa. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Info Lama (12/12/2019) :
Ahli-ahli yang dihormati, dimaklumkan bahawa kami akan membuat tindak balas berikut untuk Pesta Belanja 12.12 yang akan datang.
Setiap pesanan kiriman hanya boleh menggabungkan maksimum 10 bungkusan. Ahli boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami jika ingin menggabungkan pengiraan bayaran kiriman dan membayar terlebih dahulu. Selepas menggabungkan bayaran penghantaran, baki boleh dikembalikan.
Ahli-ahli digalakkan untuk membuat pesanan kiriman walaupun bungkusan belum sampai. Sekiranya pesanan kiriman tidak dihantar dalam 5 hari selepas ketibaan, bayaran storan RM 1.00 akan dikenakan setiap hari.
Caj ini adalah untuk mengelakkan kesesakan di gudang sempena Pesta 12.12.
Bagi ahli yang menyertai promosi Double 11, kami sedang berusaha untuk mempercepatkan tempoh pemprosesan dengan menambah tenaga kerja kami dengan lebih daripada 30 orang untuk mengatasi kuantiti kargo yang besar. Kami akan memastikan semua ahli dapat menerima bungkusan mereka secepat mungkin.
Pasukan perkhidmatan pelanggan kami juga berusaha untuk bekerja lebih masa bagi menjawab jumlah mesej pertanyaan yang tinggi satu demi satu. Kami akan menjawab semua pertanyaan pengguna dengan secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran anda.