[Penting] Taobao 11.11 - Pengumuman
Dipaparkan di 2 tahun yang lalu
Anda boleh mengisi maklumat bungkusan anda apabila penjual menghantar bungkusan anda. Hal ini dapat mempercepat proses penghantaran anda.
Anda boleh mengirimkan penghantaran terlebih dahulu walaupun bungkusan anda belum sampai di gudang. Hal ini adalah untuk memastikan kupon anda digunakan.
Kami berharap anda dapat menikmati pengalaman beli-belah yang terbaik di Double 11.
Selain itu, sila baca nota berikut dengan teliti untuk bulan Double 11.
Khimat |
Soanlan & Jawapan |
Khidmat Pelanggan |
- (Soanlan) Apakah waktu kerja perkhidmatan pelanggan semasa Double 11?
(Jawapan) Isnin hingga Jumaat 9.30AM-8.00PM, Sabtu dan Ahad 9.30AM-1.00PM.
|
Bungkusan |
- (Soanlan) Berapa lama tempoh memasukan bungkusan ke dalam gudang semasa Double 11?
(Jawapan) Ia akan dimasukkan ke dalam gudang dalam
waktu 48 jam setelah penerimaan. Sila hubungi kami jika
bungkusan anda belum dimasukkan ke dalam gudang
setelah 4 hari. Untuk barangan yang besar seperti
perabot, pastikan anda menghubungi kami untuk
menguruskannya.
- (Soanlan) Berapa lama tempoh penyimpanan bungkusan semasa Double 11?
(Jawapan) 30 hari penyimpanan bungkusan yang percuma akan
disediakan untuk anda. Bayaran simpanan RM1 / hari
perlu dibayarkan setelah 30 hari penyimpanan
bungkusan.
- (Soanlan) Adakah pengguna perlu membayar kos simpanan untuk bungkusan yang dihantar ke gudang?
(Jawapan) Pengguna tidak perlu membayar kos penyimpanan gudang, tetapi barang anda akan dicaj jika disimpan di gudang lebih daripada 30 hari.
|
Penghantaran |
- (Soanlan) Bolehkah pesanan penghantaran diserahkan jika bungkusan belum dihantar ke gudang?
(Jawapan) Boleh.Kami menasihati pengguna menyerahkan pesanan penghantaran terlebih dahulu sebelum bungkusan tiba di gudang. Kami boleh membantu anda untuk mengemas bungkusan selepas semua bungkusan diterima tanpa sebarang masalah kelewatan.
- (Soanlan) Berapakah bilangan bungkusan yang boleh diserahkan setiap pesanan penghantaran?
(Jawapan) Had untuk setiap penghantaran ialah 30 bungkusan. Apabila bilangan bungkusan sampai 30, anda boleh mangasingkan penghantaran dan hubungi perkhidmatan pelanggan kami untuk menggabungkan kiriman penghantaran anda.
- (Soanlan) Bolehkah kiriman penghantaran digabungkan semasa Double 11?
(Jawapan) Boleh. Sila hubungi perkhidmatan pelanggan.
- (Soanlan) Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan pembungkusan setelah penghantaran dihantar semasa Double 11?
(Jawapan) Penghantaran akan diproses dalam 3 hari bekerja setelah pengiriman. Pengguna boleh mengisikan penghantaran terlebih dahulu untuk mengelakkan penundaan. Anda boleh memilih kiriman udara jika anda mahu bungkusan anda dihantar dengan lebih cepat.
- (Soanlan) Adakah had masa penghantaran akan dilanjutkan semasa Double 11?
(Jawapan) Disebabkan oleh penghantaran puncak, pengguna mungkin akan menghadapi kelewatan 3 hingga 5 hari bekerja. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menyerahkan pesanan penghantaran terlebih dahulu untuk mengelakkan kelewatan.
|
Promosi |
- (Soanlan) Bagaimana untuk menggunakan baucar diskaun Double 11?
(Jawapan) Anda dikehendaki menebus baucar dan menyerahkan pesanan penghantaran semasa tempoh promosi (15hb - 25hb Nov). Sila ingat untuk menggunakan baucar sebelum pembayaran dan hanya satu baucar dibenarkan setiap penghantaran pesanan.Jika anda memilih ciri bayar automatik semasa membuat pesanan anda, anda mungkin terlepas peluang untuk menggunakan kupon.
- (Soanlan) Adakah sebarang syarat yang perlu dipatuhi semasa menggunakan baucar diskaun Double 11?
(Jawapan) Anda perlu menyerahkan pesanan penghantaran semasa tempoh promosi (15hb - 25hb Nov) dan ia hanya terhad kepada kiriman laut ekonomi (Semenanjung Malaysia), tidak terhad kepada pengguna baharu dan lama.
|
Perkhidmatan Penghantaran |
- (Soanlan) Adakah perkhidmatan penghantaran akan diproses seperti biasa semasa Double 11?
(Jawapan) Perkhidmatan penghantaran akan diproses seperti biasa (gambar semakan barangan, mengukuhkan bungkusan mengguna tetulang filem gelembung, label dan mengukuhkan bungkusan mengguna kayu).
- (Soanlan) Apakah perkhidmatan penghantaran yang harus saya pilih untuk barang yang rapuh?
(Jawapan) Pengguna boleh memilih gambar semakan barangan, mengukuhkan bungkusan dengan tetulang filem gelembung, label dan mengukuhkan bungkusan dengan kayu. Sebaik sahaja kami mendapati barang rapuh dihantar ke gudang, kami akan menambah perkhidmatan rak kayu untuk barangan rapuh secara automatik. (Contohnya, televisyen, cermin solek besar dan sebagainya.)
- (Soanlan) Bolehkah saya menukar alamat saya semasa Double 11?
(Jawapan) Ya, tetapi akan mengenakan bayaran perkhidmatan RM 3. 48-72 jam akan digunakan untuk proses menukar alamat ini.
- (Soanlan) Adakah barang yang bernilai tinggi memerlukan insurans?
(Jawapan) Penghantaran ekspres tempatan mungkin ada kelalaian dalam proses penghantaran semasa Double 11. Anda boleh membeli insurans kerugian kami untuk mengurang masalah pampasan.
|
Kami berhak untuk meminda perkara tanpa notis terlebih dahulu.