[Penting] Taobao 11.11 - Pengumuman

Dipaparkan di 3 tahun yang lalu

Anda boleh mengisi maklumat bungkusan anda apabila penjual menghantar bungkusan anda. Hal ini dapat mempercepat proses penghantaran anda.

Anda boleh mengirimkan penghantaran terlebih dahulu walaupun bungkusan anda belum sampai di gudang. Hal ini adalah untuk memastikan kupon anda digunakan.

Kami berharap anda dapat menikmati pengalaman beli-belah yang terbaik di Double 11.



Selain itu, sila baca nota berikut dengan teliti untuk bulan Double 11.

Khimat Soanlan & Jawapan
Khidmat Pelanggan
  • (Soanlan) Apakah waktu kerja perkhidmatan pelanggan semasa Double 11?
    (Jawapan) Isnin hingga Jumaat 9.30AM-9.00PM, Sabtu dan Ahad 9.30AM-6.00PM.
Bungkusan
  • (Soanlan) Berapa lama tempoh memasukan bungkusan ke dalam gudang semasa Double 11?
    (Jawapan) Ia akan dimasukkan ke dalam gudang dalam waktu 48 jam setelah penerimaan. Sila hubungi kami jika bungkusan anda belum dimasukkan ke dalam gudang setelah 4 hari. Untuk barangan yang besar seperti perabot, pastikan anda menghubungi kami untuk menguruskannya.
  • (Soanlan) Berapa lama tempoh penyimpanan bungkusan semasa Double 11?
    (Jawapan) Bagi bungkusan yang tiba di gudang semasa 1/11, 15 hari penyimpanan bungkusan yang percuma akan disediakan untuk anda. Bayaran simpanan RM1 / hari perlu dibayarkan setelah 15 hari penyimpanan bungkusan.
  • (Soanlan) Adakah pengguna perlu membayar kos simpanan untuk bungkusan yang dihantar ke gudang?
    (Jawapan) Pengguna tidak perlu membayar kos penyimpanan gudang, tetapi barang anda akan dicaj jika disimpan di gudang lebih daripada 15 hari.
  • (Soanlan) Bolehkah saya menukar saluran setelah memilih kiriman udara dan laut semasa Double 11?
    (Jawapan) Kiriman udara boleh ditukar, tetapi kiriman laut tidak boleh ditukar.
Penghantaran
  • (Soanlan) Bolehkah pesanan penghantaran diserahkan jika bungkusan belum dihantar ke gudang?
    (Jawapan) Boleh.Kami menasihati pengguna menyerahkan pesanan penghantaran terlebih dahulu sebelum bungkusan tiba di gudang. Kami boleh membantu anda untuk mengemas bungkusan selepas semua bungkusan diterima tanpa sebarang masalah kelewatan.
  • (Soanlan) Berapakah bilangan bungkusan yang boleh diserahkan setiap pesanan penghantaran? (Telah memulihkan kepada 30 bungkusan setiap penghantaran)
    (Jawapan) Had untuk setiap penghantaran ialah 20 bungkusan. Apabila bilangan bungkusan sampai 20, anda boleh mangasingkan penghantaran.
  • (Soanlan) Bolehkah kiriman udara digabungkan semasa Double 11?
    (Jawapan) Tidak boleh. Anda boleh membahagikan penghantaran untuk mencapai maksimum 20 bungkusan.
  • (Soanlan) Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan pembungkusan setelah penghantaran dihantar semasa Double 11?
    (Jawapan) Penghantaran akan diproses dalam 3 hari bekerja setelah pengiriman. Pengguna boleh mengisikan penghantaran terlebih dahulu untuk mengelakkan penundaan. Anda boleh memilih kiriman udara jika anda mahu bungkusan anda dihantar dengan lebih cepat.
  • (Soanlan) Adakah had masa penghantaran akan dilanjutkan semasa Double 11?
    (Jawapan) Disebabkan oleh pandemie Covid-19 dan penghantaran puncak, pengguna mungkin akan menghadapi kelewatan 3 hingga 5 hari bekerja. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menyerahkan pesanan penghantaran terlebih dahulu untuk mengelakkan kelewatan.
Promosi
  • (Soanlan) Bagaimana untuk menggunakan baucar diskaun Double 11?
    (Jawapan) Anda dikehendaki menebus baucar dan menyerahkan pesanan penghantaran semasa tempoh promosi. Sila ingat untuk menggunakan baucar sebelum pembayaran dan hanya satu baucar dibenarkan setiap penghantaran pesanan.
  • (Soanlan) Adakah sebarang syarat yang perlu dipatuhi semasa menggunakan baucar diskaun Double 11?

  • (Jawapan) Anda perlu menyerahkan pesanan penghantaran semasa tempoh promosi dan ia hanya terhad kepada kiriman laut ekonomi (Semenanjung Malaysia), tidak terhad kepada pengguna baharu dan lama.
Perkhidmatan Penghantaran
  • (Soanlan) Adakah perkhidmatan penghantaran akan diproses seperti biasa semasa Double 11?
    (Jawapan) Perkhidmatan penghantaran akan diproses seperti biasa (gambar semakan barangan, mengukuhkan bungkusan mengguna tetulang filem gelembung, label dan mengukuhkan bungkusan mengguna kayu).
  • (Soanlan) Apakah perkhidmatan penghantaran yang harus saya pilih untuk barang yang rapuh?
    (Jawapan) Pengguna boleh memilih gambar semakan barangan, mengukuhkan bungkusan dengan tetulang filem gelembung, label dan mengukuhkan bungkusan dengan kayu. Sebaik sahaja kami mendapati barang rapuh dihantar ke gudang, kami akan menambah perkhidmatan rak kayu untuk barangan rapuh secara automatik. (Contohnya, televisyen, cermin solek besar dan sebagainya.)
  • (Soanlan) Bolehkah saya menukar alamat saya semasa Double 11?
    (Jawapan) Ya, tetapi alamat anda tidak boleh ditukar dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur. 48-72 jam akan digunakan untuk proses menukar alamat ini.
  • (Soanlan) Adakah barang yang bernilai tinggi memerlukan insurans?
    (Jawapan) Penghantaran ekspres tempatan mungkin ada kelalaian dalam proses penghantaran semasa Double 11. Anda boleh membeli insurans kerugian kami untuk mengurang masalah pampasan.